Sabtu, 28 April 2012
Selasa, 24 April 2012
MAK AMPUNKAN ANAKMU INI
assalammualaikum....................MAK (azizah binti samsudin)
mak mungkin salah azean terlalu besar pada mak, pernah sekali azean marah mak sebab mak tak main kut(kutu) untuk azean. azean marah sampai berapa hari azean tak cakap dengan mak. azean betul-betul marah masa tu. azean duduk je kat rumah mesti azean nak nangis tu sebabnya azean selalu keluar, macam tu juga bila azean marah azean lebih suka duduk sorang-sorang dan renung balik apa yang azean dah buat, azean jahat mak, azean selalu sakitkan hati mak, dan mak dah banyak menangis kerana azean. azean sayang mak tapi amarah azean baran azean, azean masih tak mampu untuk buang perangai buruk tu mak. mak tahu masa azean balik dari ambil amalina malam tu azean dah pergi ke satu tempat. tempat tu kat tepi laut orang panggil tempat tu tongkang kat jelutong. malam tu jadi sesuatu yang betul-betul buat azean menyesal dengan tindakkan azean pada mak. azean marah mak sebab mak cuma tak main kut(kutu) untuk azean, sampai azean tak cakap dengan mak. sedangkan selama azean hidup mak yang membesarkan azean dan adik beradik yang lain dengan titik peluh mak sendiri dan mak tak pernah kenal erti susah untuk membesarkan azean dan adik-beradik yang lain. azean mintak ampun mak mintak ampun banyak-banyak selama mak jaga azean,susukan azean,beri makan pada azean tu pun masih tak cukup azean sapu lagi duit mak, mak tahu azean selalu ambik duit mak tapi mak buat tak tahu je. berbalik pada cerita tepi laut tu, mak nak tau kenapa azean balik rumah malam tu azean nangis dan azean mintak maaf kat dan azean menyesal sangat-sangat. ceritanya macam ni, masa azean duduk sorang-sorang kat tepi tongkang tu ada sepasang suami isteri yang membawa anak dalam sekitar 6 bulan kot ada kat tongkang tu juga, azean duduk dalam 5 minit datang la perempuan tu bawak anak dia yang tengah menangis. perempuan tu datang nak mintak tolong pada azean perempuan tu nak pimjam duit sebab perempuan tu tertinggal beg duit dia kat rumah mereka tinggal kat seberang, perempuan tu bagitahu kat azean anak dia deman, mulanya mereka bawak anak tu pergi hospital seberang jaya je tapi doktor kat situ kata anak mereka saspet denggi pulak doktor kata kat hospital ni tak dak alat untuk denggi semua yang kena denggi akan di hantar ke hospital besar pulau pinang(GH) jadi mereka takut jadi apa-apa pada anak mereka, mereka terus bawak anak mereka ke hospital besar pulau pinang(GH). sampai mereka tak perasaan yang mereka lupa nak bawak duit. pada masa mereka kat tongkang tu mereka nak balik seberang tapi minyak motor mereka habis. sebab tu la mereka mintak tolong nak pimjam duit atau mereka nak pajakkan hp mereka kat azean, perempuan tu ada bagitahu ada seorang hamba allah ni nak bantu bagi duit pada mereka tapi sampai sekarang masih tak datang balik. pada mulanya azean kata azean takdak duit tapi anak mereka menangis saja jadi azean pun panggil perempuan tu balik dan azean pun ajak perempuan yang azean panggil kakak tu datang balik kat tempat yang azean duduk. sambil azean dengan kakak tu sembang azean pun keluarkan RM10 lalu azean bagi kat kakak tu, pada mulanya kakak tu tolak sebab azean dah kata takdak duit jadi kakak tu pun berat hati nak ambil duit yang azean bagi. pada masa azean bagi duit tu pada kakak tadi hamba allah yang kakak tu cerita datang bagi pada mereka RM20 lepas tu hamba allah tadi pun pergi. kakak tu pun datang balik kat azean nak bagi balik duit RM10 yang azean bagi kat mereka tadi, azean kata tak payah bagi balik azean sedekah kat anak kakak jadi mereka pun pergi. dari situ azean fikir dalam-dalam seorang mak samggup lakukan apa pun pada anak dia walau nyawa jadi petaruhan, tapi azean sebagai anak marah mak sebab hanya mak tak main kut(kutu) untuk azean. masa tu azean menangis sepanjang jalan sampai azean pergi tunggu amalina balik dari tusyen dan sambung nangis lagi bila azean dah hantar amalina kat tepi jalan kat rumah dia sampai azean balik rumah azean masih lagi menangis. natrah tengok azean menangis natrah bagi tau mak yang azean tengah menangis. masa tu mak, azean menyesal sangat-sangat perbuatan azean pada mak, bila natrah bagi tau mak yang azean menangis mak panggil azean dengan kasih sayang. masa tu lagi sakit hati ini bila azean buat mak menangis.masa tu juga azean mintak maaf pada mak dan pada masa tu hati azean terus jadi tenang mak sebab azean dah mintak maaf pada tentang kesalahan azean. tapi azean masih belum boleh ubah perangai buruk azean ni, panas baran, suka marah-marah. mesti mak menyesal dapat anak macam azean ni kan. azean mintak ampun mak..... mintak ampun banyak-banyak.
sekian dari anakmu yang penuh dosa
azean binti amir
aku sayang mak........
Orang
kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila l...apar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja… aku dekati mak
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mak
Bila takut… yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mak
Bila aku perlukan duit .. yang aku mntak hanya dkt mak
Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon… mak
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil.. “makkkkkk “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku.. mak
Macam mane kalau mak xde lagi ?? umur bkn pnentu untuk pergi ..
Tpi setiap saat ak sntiasa risau dan glisah ..ak xnk pngti & xde spe yg lyk untuk mngnti. ..
Mak .. mesti mak banyak terasa hati dgn aku
Mak .. mesti mak banyak susah hati tentang aku
Mak .. mesti mak kecewa dengan kehidupan aku
Mak ..mesti mak menangis sebab sikap aku
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila l...apar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja… aku dekati mak
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mak
Bila takut… yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mak
Bila aku perlukan duit .. yang aku mntak hanya dkt mak
Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon… mak
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil.. “makkkkkk “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku.. mak
Macam mane kalau mak xde lagi ?? umur bkn pnentu untuk pergi ..
Tpi setiap saat ak sntiasa risau dan glisah ..ak xnk pngti & xde spe yg lyk untuk mngnti. ..
Mak .. mesti mak banyak terasa hati dgn aku
Mak .. mesti mak banyak susah hati tentang aku
Mak .. mesti mak kecewa dengan kehidupan aku
Mak ..mesti mak menangis sebab sikap aku
Langgan:
Catatan (Atom)