Selasa, 10 Julai 2012

BARANG-BARANGAN ANUGERAH

                                  HARGA- RM4.50 500ML

Bukan Sekadar Air Biasa
Air Mineral yg kaya dengan zat & didoakan 30 Juzuk Al-Quran serta ayat-ayat pilihan sebagai penawar & pencapai hajat hati

Kenapa air sering digunakan dalam perubatan Islam?
Allah menjadikan air bukannya benda mati. Ia merupakan elemen hidup & sumber penyucian yg berupaya merakam gema suara serta niat apabila dilafazkan terhadapnya. Umpama kita mengambil wuduk sambil berniat, lalu ia berfungsi menyucikan diri. Sebenarnya, air mampu menyimpan kekuatan & daya penyembuhan kepada umat manusia, sebab itulah ia merupakan bahan penting di dalam perubatan Islam

Penemuan Saintis tentang keajaiban air
Teknologi moden sudah mampu membuktikan sebab air menjadi penawar utama dalam hidup manusia. Para Saintis serata dunia dalam penemuan mereka apabila mendapati molekul air bertukar kepada bentuk kilauan bintang setelah ianya didoakan dengan ayat suci Al-Quran. Ini membuktikan bahawa air adalah benda hidup & bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga tetapi mampu menjadi penawar dalam diri manusia.



Khasiat Air Anugerah yg didoakan
Kebaikan untuk diri sendiri -- menjadi penawar kepada beban kesakitan, melawan sebarang penyakit dari dalam, menjadi penyeri diri & memberi tenaga

Kebaikan untuk keluarga --; melindungi dari gangguan makhluk halus, memberi kesejahteraan rumahtangga

Kebaikan untuk kanak-kanak --; terang hati, mudah memahami pelajaran, melembutkan hati & menguatkan daya ingatan

Kebaikan untuk ibu mengandung -- mengurangkan sebarang penyakit ketika hamil, membantu pertumbuhan kandungan & memudahkan bersalin

Lafazkan niat anda sebelum minum. Kita hanya berusaha hanya Allah menentukan segalanya
Insya ALLAH dengan izin Nya jua





Minyak Sejuta Rahsia ANUGERAH (Minyak Urut/Untuk kegunaan luaran sahaja)

.-Gandingan Terapi Al-Quran & Herba Tradisional
-Membantu mengembalikan Tenaga & Kesihatan

Kandungan :
-Intipati minyak halia bara
-Serai
-Limau purut
-Lengkuas
-Pudina
-Bunga cengkih
-Buah pala
-Minyak avocado

Himpunan doa :
-Surah At Taubah Ayat 128
-Surah Luqman
-Surah Fatihah
-Surah Alam Nasyrah
-Surah Al Ikhlas
-Surah Al Falaq
-Surah An Naas
-Surah Kafirun
-Surah Al Baqarah
-Surah Isra Ayat 28
-Ayat Kursi
-Selawat
-Doa Katam Al-Quran
-Doa Untuk Angin Akhmar
-Surah Waqiah Ayat 19
-Surah Israil 105
-Surah Shafat Ayat 47

AMARAN : Jangan dilangkah minyak ini kerana ia telah didoakan.




HARGA - RM 26.00
LOSYEN SEJUTA KHASIAT ANUGERAH

KOMBINASI KEKUASAAN 30 JUZUK AYAT AL-QURAN, DOA-DOA PILIHAN, KHASIAT HERBA TRADISIONAL DAN HARUMAN YANG MENYEGARKAN

MUKJIZAT KEAJAIBAN AL-QURAN
KHASIAT 7 HERBA TRADISIONAL
TEKSTUR LEMBUT, HALUS DAN TIDAK MELEKIT




Terlalu banyak mukjizat di dalam Al-Quran yang dapat digunakan sebagai ayat-ayat penawar pelbagai jenis penyakit dan mengembalikan tenaga serta kesihatan seseorang umat. Namun kekurangan ilmu Al-Quran membutkan kita sering bergantung kepada perubatan moden untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Losyen Anugerah bukanlah sekadar losyen biasa untuk kecantikan atau kesakitan.
Tetapi Losyen Anugerah ini mengandungi empat kombinasi penting yang memberi kesan terbaik untuk pengguna

Mukjizat Al-Quran sebagai penawar, pencapai hajat dan pelindung bagi umat islam
Khasiat 7 herba traditional yang membantu meringankan beban kesakitan
Haruman Apple Garden yang segar dan sesuai digunakan setiap masa
Tekstur yang lembut, halus , tidak melekit menjadikan ia mudah meresap ke dalam kulit dan mempercepatkan proses pemulihan


Kandungan Losyen Anugerah :

Losyen Anugerah menggunakan air yang telah didoakan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran
Ekstrak Lengkuas
Ekstrak Serai
Ekstrak Limau Purut
Ekstrak Minyak Kayu Putih
Ekstrak Halia
Ekstrak Daun Bidara
Ekstrak Avacada
Menthol
Methyl Salicate
Carbomer
Minyak wangi
Air


Cara Menggunakan Losyen Anugerah :

Untuk kegunaan luar, Sapu di bahagian sakit sambil berselawat
 Amaran Jgn Di Langkah





HARGA - RM 48.00
Minyak Anugerah ini sering digunakan bagi penerang hati anak-anak dan memudahkan pembelajaran. Juga sesuai untuk menyejukkkan hati anak-anak yang semakin liar.

Tiada yang lebih penting dari memastikan anak-anak kita senang memahami dan mengingati apa yang mereka pelajari. Malah mereka tidak harus berasa gementar ketika menghadapi peperiksaan. Ianya dipekuat dengan ayat suci Al-Quran khusus bagi menerangkan hati dan menenangkan minda.

Tertib Penggunaan Minyak Anugerah Kepintaran Anak
Berdiri menghadap kiblat
Bacakan Al-Fatihah
Selawat 3 kali
Sapukan sedikit Minyak Anugerah di ubun-ubun anak dan diusap kepalanya sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT.
Kemudian dapatkan anak anda menghidu bau Minyak Anugerah kasturi kijang ini sedalam-dalamnya sambil membaca selawat sebanyak 3 kali
Bagi ibu bapa yang sukar mendapat kerjasama anak-anak:

Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ini ke dalam air mandi mereka
AMARAN: Jangan dilangkah Minyak Anugerah ini kerana ianya telah didoakan

PERINGATAN: Janganlah mensyirikkan Minyak Anugerah ini sebagai keramat atau taksub dengan kesannya, Sesungguhnya kita hanya berusaha berlandaskan ajaran Islam dan dengan keizinan Allah
SWT.







HARGA - RM 48.00 
Minyak Anugerah ini sesuai untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga dan kasih sayang antara suami isteri.

Sering kali kita terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang mengugat tali ikatan pasangan suami isteri. Namun kita harus berusaha bagi memastikan rumahtangga tidak terkorban. Perkuatkan rasa kasih sayang dan hadapi setiap cabaran dengan bersandarkan harapan kepada kekuasaan Allah.

Minyak Anugerah ini diperolehi dari kasturi kijang yang sering disebut sebagai minyak seribu guna. Kini ianya diperkuatkan dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat suci Al-Quran khusus bagi mereka yang ingin berusaha untuk mengembalikan aura keharmonian dan perasaan kasih sayang di antara pasangan suami isteri.

Tertib Penggunaan Minyak Anugerah Keharmonian Rumah Tangga

Berdiri menghadap kiblat
Bacakan Al-Fatihah
Selawat 3 kali
Sapukan sedikit Minyak Anugerah di kedua-dua kening, cuping telinga dan dada sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT
*Bagi pasangan yang sukar mendapat kerjasama suami isteri:

Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandi.
Pusing air itu mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil berselawat sebanyak 3 kali dan mandi

PERINGATAN: Janganlah mensyirikkan Minyak Anugerah ini sebagai keramat atau taksub dengan kesannya, Sesungguhnya kita hanya berusaha berlandaskan ajaran Islam dan dengan keizinan Allah SWT.







HARGA - RM 48.00
Minyak Anugerah ini khusus bagi mereka yang ingin berusaha untuk menaikkan seri dan memulih NUR di dalam diri, membuatkan diri disenangi ramai dan dipercepatkan jodoh.
PERINGATAN: Janganlah mensyirikkan Minyak Anugerah ini sebagai keramat atau taksub dengan kesannya, Sesungguhnya kita hanya berusaha berlandaskan ajaran Islam dan dengan keizinan Allah SWT.



Amalan mandi bunga adalah rahsia masyarakat kita turun temurun, Biasanya ianya digunakan dalam mandian kerana bauan wangi yang sering dikatakan dapat menyuburkan jiwa dan menaikkan seri wajah dan aura diri yang tersembunyi sebelum ini. Hasilnya seseorang itu bukan sahaja disayangi, disenangi malah dihormati ramai.

Mengikut peredaran masa, doa-doa dalam mandian bunga dihimpunkan dalam Minyak Anugerah yang diperolehi dari kasturi kijang yang sering disebut sebagai minyak seribu guna. Kini ianya diperkuat dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat suci Al-Quran khusus bagi mereka yang ingin berusaha untuk menaikkan seri dan memulih NUR dalam diri.

Tertib Penggunaan Minyak Anugerah Menaikkan Seri dan Pemanis Diri

Berdiri menghadap kiblat
Bacakan Al-Fatihah
Sapukan sedikit Minyak Anugerah di telapak tangan, digosok kedua-dua telapak tangan sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT.
Disapukan naik dari hujung kaki ke hujung kepala sambil membaca selawat
Ulangi titisan Minyak Anugerah di telapak tangan, digosok kedua-dua tapak tangan dan diusap muka dengan arah menaik sambil membaca selawat sebanyak 3 kali
*Mandian Seri:

Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandi
Pusing air mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil berselawat sebanyak 3 kali dan mandi
PERINGATAN: Janganlah mensyirikkan Minyak Anugerah ini sebagai keramat atau taksub dengan kesannya, Sesungguhnya kita hanya berusaha berlandaskan ajaran Islam dan dengan keizinan Allah SWT.







HARGA - RM 48.00
Minyak Anugerah ini khas untuk mereka yang ingin melindungi diri dan keluarga dari menjadi mangsa amalan ilmu sihir.

Setiap manusia sentiasa terdedah menjadi mangsa amalan ilmu sihir yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Apa yang tersirat di dalam hati orang di sekeliling kita hanya diketahui Allah. Sifat marah, dengki dan iri hati sering mendorong manusia untuk memusnahkan hidup seseorang melalui pelbagai cara walaupun secara halus. Oleh itu haruslah kita sentiasa meminta perlindungan dari Allah dan berusaha untuk menguatkan aura diri supaya ianya menjadi penghalang kepada ilmu sihir.

Tertib Penggunaan Minyak Anugerah Menghindari Amalan Sihir

Berdiri menghadap kiblat
Bacakan Al-Fatihah
Bacakan 3 Qul
Selawat 3 kali
Sapukan sedikit Minyak Anugerah di bahagian tengkuk, kedua-dua kening, telinga dan pelipat tangan sambil lafazkan niat kepada Allah SWT agar dijauhkan dari gangguan jin,iblis dan syaitan
*Selain itu disapu juga Minyak Anugerah ini pada mana-mana bahagian badan yang terasa sakit akibat gangguan

*Bagi anak-anak kecil yang diganggu atau menangis waktu malam:

Disapukan pada ubun-ubun, kening, kedua-dua cuping telinga dan buku lali anak
Bagi gangguan di sekitar rumah, pejabat dan kedai:

Tuang beberapa titis Minyak Anugerah ini di dalam bekas atau botol spray untuk semburan sambil membaca Al-Fatihah
Pusing air itu mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil bacakan 3 Qul dan selawat sebanyak 3 kali
Semburkan air di sekeliling tempat yang diganggu

PERINGATAN: Janganlah mensyirikkan Minyak Anugerah ini sebagai keramat atau taksub dengan kesannya, Sesungguhnya kita hanya berusaha berlandaskan ajaran Islam dan dengan keizinan Allah SWT.





HARGA - RM20.00
KULIT YANG BERMASALAH
Cara Penggunaan Pencuci Muka Anugerah :

Tuangkan pencuci Muka anugerah dalam anggaran satu suduh besar.
Sapukan pada muka dan usap perlahan di seluruh muka sambilmembaca Al-Fatihah.
Biarkan selama 2-3 minit dan kemudian basuh muka anda sambil membaca selawat sebanyak tiga kali
Bahan Kandungan Pencuci Muka Anugerah :

Air Nyah Ion
Glycerin
Polysorbate 20
Ekstak Sireh
Ekstrak Buah Pinang

Ekstrak Inai
Ekstrak Avacado
Vitamin E







HARGA - RM 18.00
KULIT BIASA
Cara Penggunaan Pencuci Muka Anugerah :

Tuangkan pencuci Muka anugerah dalam anggaran satu suduh besar.
Sapukan pada muka dan usap perlahan di seluruh muka sambilmembaca Al-Fatihah.
Biarkan selama 2-3 minit dan kemudian basuh muka anda sambil membaca selawat sebanyak tiga kali
Bahan Kandungan Pencuci Muka Anugerah :

Air Nyah Ion
Glycerin
Polysorbate 20
Ekstak Sireh
Ekstrak Buah Pinang
Ekstrak Inai
Ekstrak Avacado
Vitamin E


Ahad, 3 Jun 2012

MY FAMILY


IQWAN BIN YUSOFF
dia seorang lelaki yang aku suka, cinta tapi dia langsung tak pandang perempuan seperti aku. entah kenapa hati ini selalu berkata aku ingin miliki dia
AZIZAH BINTI SAMSUDIN
ini pulak mak aku, aku sayang pada mak dan walau apa pun yang terjadi aku tak kan biar kan mak sendirian 
MUHAMMAD HAMZA & MUHAMMAD HAMZI
ini pulak permata hati aku dunia dan ahkirat walau mereka anak angkat aku, tapi itu hanya dalam surat beranak. di hati aku mereka la anugerah yang tak ternilai untuk aku dari tuhan yang esa.
AZEAN BINTI AMIR
ini aku, aku ni nampak macam lelaki gaya dan cara aku macam lelaki tapi hati aku langsung tak kuat macam lelaki, tengok je yang cerita sedih aku yang nangis sampai tersedu-sedu 
NATRAH BINTI AMIR
ini adik aku dulu dia keja kilang tapi sekarang dia dah berhenti keja sejak mak aku kemalangan jadi kami mintak dia berhenti keja saja
NUR IZZATI NAJWA BINTI AZHAR
ini anak abang ar aku  yang no 1
MUHAMMAD FITRI DANNY BINTI AZHAR
ini anak abang ar aku yang no 4
AZHAR BIN AMIR
ini abang aku yang no 2 aku panggil dia abang ar
SITI JAMILAH BINTI TAHIR
yang baju jubah biru tu la mak pada anak kembar aku, cantikkan

MASYA NUR QISTINA & MASYA NUR QALISY BINTI AZHAR
ini anak abang ar yang no 5 dan no 6
MUHAMMAD FAKRI DANISH BIN AZHAR
ni anak abang ar yang no 3
MUHAMMAD FARIS DANIAL BIN AZHAR
ni anak abang ar yang no 2 dia bersama kakak dia izzati
ZUHAIR BIN AZLI 
ni anak abang li aku dia yang sulong
ABU ZDAR BIN AZLI
ini anak abang li yang no 2
ANISAH BINTI AZLI
ini anak abang li yang no 3 yang buat pis tu tau, sebelah dia tu kawan dia je
ABU ZAID BIN AZLI
ini anak abang li aku yang last no 4
CHE RABIAH BINTI CHE MUHAMMAD
ini isteri abang ar aku
KAMARUDDIN
ini ayah pada anak kembar aku
NORLIZA BINTI ABOO BAKAR
ini isteri abang li aku

sory la gambar abang li dan abang man aku tak dak 
abang sulong aku nama AZLI BIN AMIR
dan abang yang no 3 aku nama AZMAN BIN AMIR



Ahad, 20 Mei 2012

borak kosong: Wow..Lobster Putih Albino Tertangkap di Pantai Do...

borak kosong: Wow..Lobster Putih Albino Tertangkap di Pantai Do...: Jika merasa ini terlalu aneh menjadi kenyataan, anda tidak perlu mencubit pipi sendiri, kerana lobster albino dengan warna putih salju ini...

Isnin, 7 Mei 2012

RilekSantai: Jangan Cium Gambar Kekasih Anda,Bahaya Untuk Anda

RilekSantai: Jangan Cium Gambar Kekasih Anda,Bahaya Untuk Anda: Kedai cuci gambar ekspress zaman sekarang, dapat mencuci gambar dalam singkat. Hal ini adalah benar-benar untuk memuaskan para photograf...

selamat hari ibu (azizah binti samsudin)


Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila l...apar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja… aku dekati mak
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mak
Bila takut… yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mak
Bila aku perlukan duit .. yang aku mntak hanya dkt mak

Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon… mak
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil.. “makkkkkk “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku.. mak

Macam mane kalau mak xde lagi ?? umur bkn pnentu untuk pergi ..
Tpi setiap saat ak sntiasa risau dan glisah ..ak xnk pngti & xde spe yg lyk untuk mngnti. ..
Mak .. mesti mak banyak terasa hati dgn aku
Mak .. mesti mak banyak susah hati tentang aku
Mak .. mesti mak kecewa dengan kehidupan aku
Mak ..mesti mak menangis sebab sikap aku

Jumaat, 4 Mei 2012

RilekSantai: Jangan Sesekali Memotong Gajah Berjalan,Kalau Tida...

RilekSantai: Jangan Sesekali Memotong Gajah Berjalan,Kalau Tida...

Saiz Kaki Lelaki Gergasi Diukur

Saiz Kaki Lelaki Gergasi Diukur: CANTON, Amerika Syarikat (AS) : Seorang lelaki paling tinggi di sini, Igor Vovkovinskiy mengunjungi ibu pejabat syarikat kasut Reebok di ...

Selasa, 24 April 2012

MAK AMPUNKAN ANAKMU INI

assalammualaikum....................MAK (azizah binti samsudin)
mak mungkin salah azean terlalu besar pada mak, pernah sekali azean marah mak sebab mak tak main kut(kutu) untuk azean.  azean marah sampai berapa hari azean tak cakap dengan mak. azean betul-betul marah masa tu. azean duduk je kat rumah mesti azean nak nangis tu sebabnya azean selalu keluar, macam tu juga bila azean marah azean lebih suka duduk sorang-sorang dan renung balik apa yang azean dah buat, azean jahat mak, azean selalu sakitkan hati mak, dan mak dah banyak menangis kerana azean. azean sayang mak tapi amarah azean baran azean, azean masih tak mampu untuk buang perangai buruk tu mak. mak tahu masa azean balik dari ambil amalina malam tu azean dah pergi ke satu tempat. tempat tu kat tepi laut orang panggil tempat tu tongkang kat jelutong. malam tu jadi sesuatu yang betul-betul buat azean menyesal dengan tindakkan azean pada mak. azean marah mak sebab mak cuma tak main kut(kutu) untuk azean, sampai azean tak cakap dengan mak. sedangkan selama azean hidup mak yang membesarkan azean dan adik beradik yang lain dengan titik peluh mak sendiri dan mak tak pernah kenal erti susah untuk membesarkan azean dan adik-beradik yang lain. azean mintak ampun mak mintak ampun banyak-banyak selama mak jaga azean,susukan azean,beri makan pada azean tu pun masih tak cukup azean sapu lagi duit mak, mak tahu azean selalu ambik duit mak tapi mak buat tak tahu je. berbalik pada cerita tepi laut tu, mak nak tau kenapa azean balik rumah malam tu azean nangis  dan azean mintak maaf  kat dan azean menyesal sangat-sangat. ceritanya macam ni, masa azean duduk sorang-sorang kat tepi  tongkang tu ada sepasang suami isteri yang membawa anak dalam sekitar 6 bulan kot ada kat tongkang tu juga, azean duduk dalam 5 minit datang la perempuan tu bawak anak dia yang tengah menangis. perempuan tu datang nak mintak tolong pada azean perempuan tu nak pimjam duit sebab perempuan tu tertinggal beg duit dia kat rumah mereka tinggal kat seberang, perempuan tu bagitahu kat azean anak dia  deman, mulanya mereka bawak anak tu pergi hospital seberang jaya je tapi doktor kat situ kata anak mereka saspet denggi  pulak doktor kata kat hospital ni tak dak alat untuk denggi semua yang kena denggi akan di hantar ke hospital besar pulau pinang(GH) jadi mereka takut jadi apa-apa pada anak mereka, mereka terus bawak anak mereka ke hospital besar pulau pinang(GH). sampai mereka tak perasaan yang mereka lupa nak bawak duit. pada masa mereka kat tongkang tu mereka nak balik seberang tapi minyak motor mereka habis. sebab tu la mereka mintak tolong nak pimjam duit atau mereka nak pajakkan hp mereka kat azean, perempuan tu ada bagitahu ada seorang hamba allah ni nak bantu bagi duit pada mereka tapi sampai sekarang masih tak datang balik. pada mulanya azean kata azean takdak duit tapi anak mereka menangis saja jadi azean pun panggil perempuan tu balik dan azean pun ajak perempuan yang azean panggil kakak tu datang balik kat tempat yang azean duduk. sambil azean dengan kakak tu sembang azean pun keluarkan RM10 lalu azean bagi kat kakak tu, pada mulanya kakak tu tolak sebab azean dah kata takdak duit jadi kakak tu pun berat hati nak ambil duit yang azean bagi. pada masa azean bagi duit tu pada kakak tadi hamba allah yang kakak tu cerita datang bagi pada mereka RM20 lepas tu hamba allah tadi pun pergi. kakak tu pun datang balik kat azean nak bagi balik duit RM10 yang azean bagi kat mereka tadi, azean kata tak payah bagi balik azean sedekah kat anak kakak jadi mereka pun pergi. dari situ azean fikir dalam-dalam seorang mak samggup lakukan apa pun pada anak dia walau nyawa jadi petaruhan, tapi azean sebagai anak marah mak sebab hanya mak tak main kut(kutu) untuk azean. masa tu azean menangis sepanjang jalan sampai azean pergi tunggu amalina balik dari tusyen dan sambung nangis lagi bila azean dah hantar amalina kat tepi jalan kat rumah dia sampai azean balik rumah azean masih lagi menangis. natrah tengok azean menangis natrah bagi tau mak yang azean tengah menangis. masa tu mak, azean menyesal sangat-sangat perbuatan azean pada mak, bila natrah bagi tau mak yang azean menangis mak panggil azean dengan kasih sayang. masa tu lagi sakit hati ini bila azean buat mak menangis.masa tu juga azean mintak maaf pada mak dan pada masa tu hati azean terus jadi tenang mak sebab azean dah mintak maaf pada tentang kesalahan azean. tapi azean masih belum boleh ubah perangai buruk azean ni, panas baran, suka marah-marah. mesti mak menyesal dapat anak macam azean ni kan. azean mintak ampun mak..... mintak ampun banyak-banyak.

                                                                    sekian dari anakmu yang penuh dosa
                                                                                          azean binti amir

aku sayang mak........


Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila l...apar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja… aku dekati mak
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mak
Bila takut… yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mak
Bila aku perlukan duit .. yang aku mntak hanya dkt mak

Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon… mak
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil.. “makkkkkk “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku.. mak

Macam mane kalau mak xde lagi ?? umur bkn pnentu untuk pergi ..
Tpi setiap saat ak sntiasa risau dan glisah ..ak xnk pngti & xde spe yg lyk untuk mngnti. ..
Mak .. mesti mak banyak terasa hati dgn aku
Mak .. mesti mak banyak susah hati tentang aku
Mak .. mesti mak kecewa dengan kehidupan aku
Mak ..mesti mak menangis sebab sikap aku

Isnin, 19 Mac 2012

borak kosong: Jovie Wyse, Bayi 6 Bulan Berhenti Bernafas Setiap ...

borak kosong: Jovie Wyse, Bayi 6 Bulan Berhenti Bernafas Setiap ...: Jovie Wyse, bayi berusia enam bulan dari Worcester, Inggris, selalu berhenti bernafas setiap kali tertidur. Ia pun harus menghabiskan 21 j...

Khamis, 15 Mac 2012

Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton II (CInta Dalam Diam)

RilekSantai: Gempak!Rumah Dalam Pokok Di Vietnam

RilekSantai: Gempak!Rumah Dalam Pokok Di Vietnam: Hang Nga Guesthouse nama bagi sebuah rumah yang dibina di dalam sebatang pokok besar. Rumah Hang Nga atau rumah gila gelaran yang diberi o...

sengal - LawakJenaka.com

sengal - LawakJenaka.com

Selasa, 13 Mac 2012

Isnin, 12 Mac 2012

borak kosong: [Kesian] Bayi lahir tanpa tempurung kepala

borak kosong: [Kesian] Bayi lahir tanpa tempurung kepala: Kesian betul bayi ini,, MEDAN, Indonesia - Seorang bayi perempuan anak Rudi Kusmawanti, 27 dan isterinya yang berusia 17 tahun,...
Posted by Picasa
Posted by Picasa