Isnin, 14 Jun 2010

zaman persekolahan dan zaman dewasa aku


assalammualaikum...............
hari aku nak cerita tentang alam persekolahan aku, aku dulu sekolah dari darjah 1 sampai darjah 5 je. dulu masa mak aku hantar aku pergi sekolah aku lari tinggalkan sekolah. macam-macam cara aku buat agar mak aku tak hantar aku ke sekolah, aku kata kat sekolah aku ada hantu la aku nampak hantu la dan macam-macam lagi. aku pun tak tahu kenapa aku tak nak pergi sekolah pada masa tu, apa yang aku tahu kalau dulu aku pergi sekolah dan belajar rajin-rajin pastinya aku dah ada kt u atau kolej tak pun aku mungkin dah kerja yang elok-elok seperti guru ke,doktor ke,polis ke dan sewaktu dengannya.
sekarang ni baru aku rasa menyesal kerana aku tak pergi sekolah dulu. kalau dulu aku sekolah pasti aku ada kawan yang ramai yang boleh kongsi kisah suka duka bersama-sama dengan aku, sekarang bila aku tengok orang yang kerja bagus-bagus aku rasa menyesal sangat kerana aku tak pergi ke sekolah dulu dan aku tak berjaya macam mereka tu.
yang amat menyakitkan hati aku buat mak aku kecewa dengan aku dan buat mak aku menangis kenangkan apa akan jadi pada anak aku nanti, kadang-kadang aku terfikir juga kenapa tuhan hantar anak yang macam aku ni selalu menyusahkan hidup mak je.
pada umur aku 8 tahun aku dah kehilangan bapak aku, mak aku la yang jaga kami 5 beradik sampai sekarang tanpa merungut sikit pun yang mak sakit atau penat buat semua ni demi kenyangkan perut anak-anaknya. aku cuba untuk jadi macam mak aku tabah tenang kuat dan bantu sesiapa saja yang perlu bantuan mak aku.
hidup aku baran sentiasa dalam diri, salahkan orang lain walau itu kesalah aku. kadang tu aku benci diri aku sendiri.
pernah sekali aku marahkan adik aku mak aku yang kena tempiasnya. aku marahkan mak aku, tapi mak aku tak tahu sebenarnya aku tak salah kan sesiapa aku marahkan diri aku sendiri, kenapa aku jadi anak yang tak tahu untung, mak aku dah besarkan aku tapi aku tinggikan suara aku pada mak aku, dan aku rasa bagaikan dah di sumpah mak aku agar aku tak selamat dunia dan akiratnya,
aku pernah pukul diri aku sendiri kerana marah sangat sebab aku tinggikan suara pada mak aku.